Thursday, April 29, 2010

Kronreif Trunkrnpolz Mattigohofen- What's That???

Kebanyakkan members sekarang ramai yang pakai easy-rider superbike macam ER-6 and CB-400. Maybe sebab senang nak handle or sebab nak buat pergi kerja je. Kawasaki menjadi pilihan kebanyakan riders maybe sebab pertama sekali harganya yang murah. Tapi jangan ingat harga murah performance tak bagus. Harganya murah disebabkan parts di pasang di sini. Wa da test ER-6 dan dari segi performance memang bagus. Sesuai untuk agresif riders.
Tapi dalam hati wa KTM tetap menjadi idaman. Wa admire KTM since sekolah lagi start dengan model scrambler. Pergh... memang stim giler. Sekarang dah banyak KTM dealers kat sini and ada jugak member-member wa yang jadi dealer KTM. Ini menguatkan lagi semangat wa nak beli KTM. So bila wa cakap ada member yang jadi dealer so wa pun dapatlah bawak beberapa model KTM yang ada kat Malaysia. Setakat ni wa da test model SMR 690, 990, Duke 690 dan yang paling best sekali dapat test RC8. Memang dasyat !!!
Tapi masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lovers KTM ini ialah harganya yang agak mahal. Maybe bagi wa, ialah wa ni makan gaji, komitmen banyak lak tu. Dan sekarang pulak disebabkan demand yang tinggi harganya da naik pulak. Kalau untuk model Duke 690 yang paling banyak demand sekarang ni ialah RM53k ++. Performance dia memang tip-top. Yang paling bagus pasal KTM ni ialah harganyer yang dilindungi. So market value KTM ni takkan jatuh banyak macam model-model Jepun yang lain. Jadi agak bagus jugak untuk buat investment, betul tak???
Bila nak beli tu masih lagi menjadi persoalan. Kalo member-member wa cakap POMPANG, maknanyer bebual je lebih tapi insyaallah wa akan usahakan KTM akan menjadi milikku. Hahaha... So doa-doakan lah agar wa dapat pakai KTM satu hari nanti..

1 comment: